Hari Guru disambut bagi mengenang Jasa Guru yang telah banyak berbakti. Sehubungan itu, saya merasakan setiap individu adalah guru.Pada saya sesiapa yang pernah ajarkan sesuatu kepada sesiapa saja yang di ajarnya maka dia adalah seorang guru. Justeru itu, anda anak muridku yang dikasihi juga adalah guru ku kerana kalian telah mengajar saya menjadi lebih matang dalam arena pendidikan.
Kenakalan,karenah dan watak peribadi anda merupakan pelajaran yang amat berharga bagiku… Jadi wajarlah anda juga diiktiraf sebagai guruku yang sebenar-benarnya….
Oleh itu diri kita adalah seorang guru “SELAMAT HARI GURU”.
Kesempatan ini juga, kami pemimpin pengakap kulim ingin mengucapkan selamat HARI GURU kepada seluruh warga pengakap Daerah Kulim khususnya dan pengakap malaysia amnya.
Selamat Datang ke Laman Pengakap Daerah Kulim.




