banner Selamat Datang ke Laman Pengakap Daerah Kulim.More...
Sep
10th

Perkhemahan Ujian Rambu Daerah

Author: admin | Files under aktiviti

Alhamdullilah syukur kerana anak-anak pengakap Daerah Kulim telah selamat menjalani ujian Rambu siri 2008 di Pusat Ko Padang Serai dengan jayanya. Terlebih dahulu maaf di pinta kerana lambat muatkan berita kerana almaklumlah kini musim peperiksaan….. bertimbun kertas yang nak di periksa.
Sikit al kisah ujian ini dimulakan dengan ujian ekspedisi jalan kaki bagi pengakap Remaja bermula dari Quarters Guru Sg. Kob
null

seramai 110 peserta bersiap sedia untuk berlepas untuk ekspedisi. Sebelum berlepas satu sesi taklimat oleh ADC saifudin[ SMK Panglima Besar ] dan DC Ismail Othman kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh al Fadhil Ustaz Ruslim[ SMK Mahang ]

null

Lihatlah ketabahan mereka mengharungi satu perjalanan yang memeritkan selama hampir 7 jam …kelihatan serikandi yang menjadi inspirasi hero-hero kita…apapun dua serikandi kita kecundang dipertengahan perjalanan namun tahniah juga kepada mereka

null

Pihak PPM Daerah ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada JPA3 Kulim kerana membantu dengan penuh kasih sayang anak-anak pengakap Kulim sepanjang ekspedisi… semoga kalian tidak serik untuk aktiviti seterusnya. Kepada Pak wan dan rakan-rakan tiada ungkapan atas jasa anda cuma Allah saja yang tahu budi baik anda…semoga kita bertemu lagi.

Antara ujian yang sempat saya rakam dari lensa saya
null

semasa ekspedisi, PKK dan PM menyiapkan khemah untuk semua ahli… tahniah atas kerjasama anda, Tak lupa ADC shukri dan ADC kamal atas layout perkhemahan

null

PM mengharungi kembara…. terima kasih kepada ADC shukri Ismail dan kelana dan pembantu form 5

null

Ujian masak PKK…. memang anak-anak pengakap kita berbakat besar, jangan dihalang bakat mereka mari kita gilap melalui berpengakap

null

PR … apa dah jadi dengan roti lilit dan nasik dalam buluh, anda memang hebat kerana tiada yang mentah…. Paling hebat ialah sahabat kita ni lah memang dia champion buat roti litilt ni, lagi pun dia dah dapat tempat ke 3 peringkat negeri… siapa lagi kalau tak Bob kita
null
Terima kasih juga yang tak terhingga kepada MR. Razak Sheriff, Saiful Azlan Azimat, Cik gu Idris Said, Cikgu Saidin dan Cik gu Badrul dari PPM Baling yang banyak membantu dalam memberi nafas baru kepada PPM Kulim… Jasamu Dikenang sepanjang Hayat

Tak Lupa juga Pemimpin wanita kita yang banyak membantu dalam menyediakan makanan dan mengadakan ujian….syabas.
Ustaz Ruslim bukan saja hebat berkuliah malah telah menguji dalam pertolongan cemas CPR… hebat ustaz
Ketua ujian kita Shukri Ismail yang kesana kemari ….. macammana denga kereta anda… dah repair ka
Walaupun sakit gigi…. Pesuruhjaya kita tetap bersama
Amalina dan fikri yang berjaga memasti kan aktiviti dan kewangan cukup… Pn. Suhaila yang baru mendapat cahaya mata yang ke… tetap bersama demi pengakap… Azizawari … bila nak copy gambar dan bagi kat saya… Isteri Pesuruhjaya kita yang masak dan masak dan masak…. begitu juga dengan guru-guru dan pemimpin-pemimpin lain yang bersama sepanjang aktiviti anda memang hebat dalam mendidik anak-anak.
Sekian semoga kita berjumpa lagi di aktiviti seterusnya……

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • e-mail
  • Facebook
  • Google
  • YahooMyWeb
Ujian Rambu PKK, PM, PR
Peta Daerah Kulim
Pra Perkhemahan 100 Tahun Pengakap
Tebang Buluh!
Perhimpunan Pengakap Negeri Kedah
Buku Log Keahlian
Perkhemahan Ketua Patrol & Sekawan
About
Pertandingan Mewarna
Pioneering Project hourglass_tower
Share

4 responses. Hendak Nyatakan Sesuatu?

  1. amIr enK1
    Jun 14, 2009 at 15:41:17
    #1

    huhu…syg gler thun lpas x aktif pgakap…thun nih msti aktif…ganbateh pengakap…kulim mari!!

  2. pak tam
    Jun 30, 2009 at 11:54:40
    #2

    ang btul k nk aktif nie….

  3. amirul asyhraf-along
    Oct 9, 2009 at 13:50:24
    #3

    pehh….hidup pengakap…
    tahun lpas x xtv skrg…bru nk xtv, sdh gla…dh tlpas mcm2…hu3

  4. amirul asyhraf-along
    Jan 19, 2010 at 15:45:27
    #4

    ha la aku nk aktif tam…. kpd cikgu amanina,cikgu ismail,cikgu jafnie dan cikgu shukri maaf……sy sibuk skrg.. da pa pa sabtu ahad sy ada d rumah..maafkan sy bnyk2 yea.. ada aktiviti gtaula sy yea..
    nie no. sy 0175580420…salam pengakap..

Post a Comment