KULIM SCOUT

Kepengakapan Untuk Semua

KULIM SCOUT header image 2

SELAMAT HARI GURU

May 15th, 2008 by admin

Pertama-tamanya pengakap daerah kulim ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU khususnya kepada guru-guru pengakap dan amnya seluruh insan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sebagai pendidik.
Guru mana yang tak dikenang jasanya apatah lagi yang memperkenalkan kita A,B,C,… ALIF,BAA,TAA,…. SATU,DUA,TIGA,….
Jangan lupa guru kita sungguhpun kita telah berada disinggahsana. Harus di ingat marah mereka menjadi keramat, tegur mereka menjadi azimat.
Hebatnya mereka bukan kerana wang tapi nilai mereka tak dapat di nilai dengan wang. Darjat mereka hingga ke liang lahad. Kepada guru yang telah pergi buat selama-lamanya, AL FATIHAH menyusuri roh kalian.

SELAMAT HARI GURU

hari guru

Akhir kata terimalah sajak dari Usman Awang buat tatapan dan renungan semua

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • e-mail
  • YahooMyWeb
  • Google
  • De.lirio.us
  • Live
  • Socialogs
  • PopCurrent
  • feedmelinks
  • Furl

Tags:   · No Comments

  • Selamat Hari Ibu
  • Selamat Hari Raya
  • Perkhemahan Ujian Rambu Daerah
  • Buku Log Keahlian
  • Simpul Tindih Kasih
  • Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
  • Salam Ramadhan
  • Koleksi Berita Pengakap
  • Bubur Lambuk
  • Pergerakan Pengakap

    Tinggalkan Komen atau Pandangan Anda

    0 responses so far ↓

    • Buat masa ni .... tiada lagi sebarang komen, apa tunggu lagi berilah komen, pandangan dan pendapat anda sekarang!