24 hingga 26 Julai, Pengakap Daerah Kulim telah menyertai perhimpunan Pengakap Negeri Kedah sempena 100 Tahun Pengakap di Malaysia bertempat di pusat kegiatan ko sk padang chichar, sik. Sehubungan dengan itu beberapa pertandingan kemahiran telah di pertandingkan antara daerah.
Sekalung tahniah kepada kontingen Kulim [ Pengakap Kanak-kanak,Muda dan Remaja ] seramai 96 peserta telah berjaya mengikuti perkhemahan dengan jayanya. Dengan kesungguhan dan komitmen peserta pengakap kulim telah berjaya merangkul beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan. Tahniah sekali lagi.
Jutaan tahniah juga kepada Pesuruh Jaya, Penolong Pesuruh Jaya-Penolong Pesuruh Jaya, pemimpin,Penolong Pemimpin, Kelana- kelana, guru pengiring dan lain-lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi merealisasikan pengakap kulim ke puncak jaya. Semoga usaha murni anda kalian mendidik anak-anak akan di kenang sepanjang hayat.
Tidak dilupakan kepada kontingen pengakap Bandar Baharu yang juga bersama dalam sub kem dan bersama-sama sepanjang masa, tahniah dan jutaan terima kasih atas segalanya.
Bersama ini marilah kita lihat slide show sebahagian kenangan yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan. Abadikanlah kenangan ini bersama…..
InsyaAllah…akan di perincikan lagi kenangan perkhemahan ini tunggu dan saksikan kehebatan seterusnya
Tags: perkhemahanNo Comments













0 responses so far ↓
Buat masa ni .... tiada lagi sebarang komen, apa tunggu lagi berilah komen, pandangan dan pendapat anda sekarang!