KULIM SCOUT

Kepengakapan Untuk Semua

KULIM SCOUT header image 2

Bubur Lambuk

September 16th, 2008 by admin

Bila bulan puasa datang, kita tak terlepas dari bubur lambuk [ orang utara panggil kanji ] dan kurma. Rasanya pengakap kena pandai masak masakan ni kerana ringkas dan sesuai dimasak sewaktu perkhemahan.. Oleh itu saya on satu kategori iaitu masakan, kalau ada resepi yang best-best dan sesuai untuk pengakap bolehlah email kat saya untuk dimuatkan dalam web. Resepi bubur lambuk ini saya ambik dari http://resepi.mesra.net/

Bubur Lambuk Ringkas
Bahan-Bahan: Hidangan untuk 3-4 orang

Bahan A
Daging/Ayam(dipotong dadu) 1 mangkuk kecik
Beras 1 ½ pot
lada sulah 5 biji
udang kering 1 paket kecil
rempah penumis (bunga lawang,cengkeh,kayu manis)
bawang merah 5 (dihiris)
bawang putih 5 (dihiris)
halia seinchi
Air
garam secukup rasa

Untuk hiasan

daun sup, daun bawang dipotong halus

Cara:

1. Masak daging/ ayam tadi seperti membuat sup sehingga empuk. Masukkan halia yang dipotong halus ke dalam sup tadi.

2. Masak beras bersama kandungan air setengah daripada periuk tadi(periuk tidak perlu ditutup). Periuk bersaiz sederhana. Masak nasi sehingga menjadi bubur. Tambahkan air jika perlu sehingga nasi menjadi halus.

2. Goreng semua rempah penumis tadi dah dimasukkan kedalam sup.

Apabila bubur telah menjadi agak halus.

3. Masukkan semua sup daging/ayam yang telah empuk ke dalam bubur tadi dan digaul rata.
4.Bawang putih dan merah digoreng hingga kuning dan dimasukkan ke dalam bubur yang telah halus digaul rata.
5. Udang kering dan lada sulah ditumbuk halus dimasukkan kedalam bubur dan digaul rata.Masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan bubur tadi dimasak selama 5 min selepas memasukkan bahan tadi.

Selamat mencuba.

Cadangan Hidangan:

Taburkan daun bawang yang telah dipotong halus ke dalam bubur sebelum dihidangkan.
Tambahan:
Boleh ditambah sedikit santan untuk rasa yg lebih lemak.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • e-mail
  • YahooMyWeb
  • Google
  • De.lirio.us
  • Live
  • Socialogs
  • PopCurrent
  • feedmelinks
  • Furl

Tags:   · · No Comments

  • No related posts

    Tinggalkan Komen atau Pandangan Anda

    0 responses so far ↓

    • Buat masa ni .... tiada lagi sebarang komen, apa tunggu lagi berilah komen, pandangan dan pendapat anda sekarang!