Tulis ARAHAN 1 dalam satu mukasurat
Mukasurat 2: Peraturan pakaian seragam pengakap
Lukis Pakaian Seragam lengkap pengakap
Mukasurat 3: Pakaian seragam pengakap perempuan
Mukasurat 4: Cara Memasang Lencana Pengakap Muda
Lukis lencana kiri dan kanan baju pengakap
Mukasurat5/ mukasurat 6 : Pakaian Seragam Pengakap
Lukis satu muka penuh perkara berikut
a) Baju -Baju kemeja berlengan pendek.
Warna kelabu asap.
Leher cekak musang.
b) Seluar - Seluar panjang warna biru tua.
Ukuran: 14’-16’.
Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda boleh juga memakai seluar pendek dengan stoking panjang warna biru tua dan garter warna hijau.
c) Forage Cap-Forage cap warna biru tua.
Jenis kain: 100% polyester dengan lilitan pita kain merah ¼’ dan bertambang Pengakap.
d) Sekaf -lilitan merah and putih dengan jalur 0.75cm
Sekaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi.
Warnanya biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepinya. Sekaf dipegang oleh wogel.
e) Tanda pangkat-Lencana menunjakkan pangkat.
Jalur kuning berlatarkan warna mengikut unit.
Pengakap Kanak-kanak [kuning]
Pengakap Muda [hijau]
Pengakap Remaja [Merah hati]
Pengakap Laut [Biru]
Ketua Pasukan [3 jalur]
Ketua Patrol [2 jalur]
Penolong ketua patrol [1 jalur]
f) Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan
Nama Negeri, Daerah dan Nombor Kumpulan dipakai di lengan baju sebelah kanan sahaja.
g) Nama Sekawan/Patrol
-Nama Sekawan/patrol dipakai di lengan sebelah kiri.
i) Lencana -Memakai Lencana Keahlian pada baju sebelah kiri dan Lencana Malaysia pada saku baju sebelah kanan.
Lencana kepandaian dipakai pada lengan baju sebelah kiri dan Lencana Kemajuan dipakai di lengan baju sebelah kanan.
j) Tali Pinggang-Memakai tali pinggng rasmi pengakap berkepala gangsa yang mengandungi logo pengakap Malaysia di atasnya.
k) Kasut -Memakai kasut kanvas warna hitam bertali.
l) Wisel -Wisel dengan tali wisel warna biru tua hanya boleh dipakai oleh
: Ketua Pasukan
: Ketua Sekawan/Patrol
: Penolong Ketua Sekawan/Patrol
Tags: logNo Comments










0 responses so far ↓
Buat masa ni .... tiada lagi sebarang komen, apa tunggu lagi berilah komen, pandangan dan pendapat anda sekarang!