Alhamdullilah syukur kerana anak-anak pengakap Daerah Kulim telah selamat menjalani ujian Rambu siri 2008 di Pusat Ko Padang Serai dengan jayanya. Terlebih dahulu maaf di pinta kerana lambat muatkan berita kerana almaklumlah kini musim peperiksaan….. bertimbun kertas yang nak di periksa.
Sikit al kisah ujian ini dimulakan dengan ujian ekspedisi jalan kaki bagi pengakap Remaja bermula dari Quarters Guru Sg. Kob

seramai 110 peserta bersiap sedia untuk berlepas untuk ekspedisi. Sebelum berlepas satu sesi taklimat oleh ADC saifudin[ SMK Panglima Besar ] dan DC Ismail Othman kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh al Fadhil Ustaz Ruslim[ SMK Mahang ]

Lihatlah ketabahan mereka mengharungi satu perjalanan yang memeritkan selama hampir 7 jam …kelihatan serikandi yang menjadi inspirasi hero-hero kita…apapun dua serikandi kita kecundang dipertengahan perjalanan namun tahniah juga kepada mereka

Pihak PPM Daerah ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada JPA3 Kulim kerana membantu dengan penuh kasih sayang anak-anak pengakap Kulim sepanjang ekspedisi… semoga kalian tidak serik untuk aktiviti seterusnya. Kepada Pak wan dan rakan-rakan tiada ungkapan atas jasa anda cuma Allah saja yang tahu budi baik anda…semoga kita bertemu lagi.
Antara ujian yang sempat saya rakam dari lensa saya

semasa ekspedisi, PKK dan PM menyiapkan khemah untuk semua ahli… tahniah atas kerjasama anda, Tak lupa ADC shukri dan ADC kamal atas layout perkhemahan

PM mengharungi kembara…. terima kasih kepada ADC shukri Ismail dan kelana dan pembantu form 5

Ujian masak PKK…. memang anak-anak pengakap kita berbakat besar, jangan dihalang bakat mereka mari kita gilap melalui berpengakap

PR … apa dah jadi dengan roti lilit dan nasik dalam buluh, anda memang hebat kerana tiada yang mentah…. Paling hebat ialah sahabat kita ni lah memang dia champion buat roti litilt ni, lagi pun dia dah dapat tempat ke 3 peringkat negeri… siapa lagi kalau tak Bob kita
Terima kasih juga yang tak terhingga kepada MR. Razak Sheriff, Saiful Azlan Azimat, Cik gu Idris Said, Cikgu Saidin dan Cik gu Badrul dari PPM Baling yang banyak membantu dalam memberi nafas baru kepada PPM Kulim… Jasamu Dikenang sepanjang Hayat
Tak Lupa juga Pemimpin wanita kita yang banyak membantu dalam menyediakan makanan dan mengadakan ujian….syabas.
Ustaz Ruslim bukan saja hebat berkuliah malah telah menguji dalam pertolongan cemas CPR… hebat ustaz
Ketua ujian kita Shukri Ismail yang kesana kemari ….. macammana denga kereta anda… dah repair ka
Walaupun sakit gigi…. Pesuruhjaya kita tetap bersama
Amalina dan fikri yang berjaga memasti kan aktiviti dan kewangan cukup… Pn. Suhaila yang baru mendapat cahaya mata yang ke… tetap bersama demi pengakap… Azizawari … bila nak copy gambar dan bagi kat saya… Isteri Pesuruhjaya kita yang masak dan masak dan masak…. begitu juga dengan guru-guru dan pemimpin-pemimpin lain yang bersama sepanjang aktiviti anda memang hebat dalam mendidik anak-anak.
Sekian semoga kita berjumpa lagi di aktiviti seterusnya……
Tags: rambubiru · rambuhijau · rambukuning · ujianNo Comments











0 responses so far ↓
Buat masa ni .... tiada lagi sebarang komen, apa tunggu lagi berilah komen, pandangan dan pendapat anda sekarang!