Rakan-rakan yang ingin tahu tentang lokasi daerah kulim, rujuklah peta dibawah

Lord Baden Powell, the founder of the Scouting movement, referred to it as “fun with a purpose”. Through “fun” activities, boys develop a wide range of skills, learn teamwork, and are afforded many leadership opportunities.
http://www.pinetreeweb.com/B-P.htm
Tags: pengakap · scoutingNo Comments.
Pertama-tamanya pengakap daerah kulim ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU khususnya kepada guru-guru pengakap dan amnya seluruh insan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sebagai pendidik.
Guru mana yang tak dikenang jasanya apatah lagi yang memperkenalkan kita A,B,C,… ALIF,BAA,TAA,…. SATU,DUA,TIGA,….
Jangan lupa guru kita sungguhpun kita telah berada disinggahsana. Harus di ingat marah mereka menjadi keramat, tegur mereka menjadi azimat.
Hebatnya mereka bukan kerana wang tapi nilai mereka tak dapat di nilai dengan wang. Darjat mereka hingga ke liang lahad. Kepada guru yang telah pergi buat selama-lamanya, AL FATIHAH menyusuri roh kalian.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.USMAN AWANG
1979
Tags: guru · pengakapNo Comments.
Lencana Keahlihan 
Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.
1. Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam pengakap.
2. Memahami makna dan semangat lima prinsip Rukun Negara
3. Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia serta memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.
4. Melafazkan “Persetiaan Pengakap” dan “Cogan Kata Pengakap Muda“.
5. Mengetahui cara “Hormat Pengakap” dan “Cogan Kata Pengakap Muda“.
6. Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden-Powell.
Mengetahui mengikut dan mengguna 6 simpulan berikut:-
• Buka Sila(reef knot)
• Bunga Keti(sheet bend)
• Simpul Manuk(clove hitch)
• Tindih Kasih(bowline)
• Lilit dua Simpul(round turn and two half hitches)
• Lilit permati biasa(comman whipping)
Tags: pengakapNo Comments.
Pertama-tamanya pengakap Daerah Kulim ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua pengakap yang telah bergelar ibu. Sesungguhnya anda memang hebat kerana berjuang menjadi ibu kepada anak sendiri dan menjadi ibu kepada anak-anak pengakap.Tahniah tak terhingga, semoga tuhan membalas jasa dan budi baik kalian kaum ibu.

Kami ingin memberi peluang kepada anda terutama ahli pengakap memberi ucapan penghargaan kepada ibu tersayang yang hidup maupun yang pergi selama-lamanya. Anda bolehlah meluahkan perasaan anda di ruangan komen
Lagu khas untuk mu ibu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selaluIbu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibuBetapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air laluIbu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Tags: pengakapNo Comments.

Tags: No Comments.

Artikel ini di ambil di http://ms.wikipedia.org/wiki/Robert_Baden-Powell
Dilahirkan di Paddington, London, Baden-Powell merupakan anak ke enam daripada lapan anak kepada Profesor Savilian yang mengajar geometri di Oxford. Ayahnya meninggal ketika beliau berusia tiga tahun.
Selepas menghadiri Sekolah Tinggi Bukit Ros (Rose Hill School), Tunbridge Wells, Baden-Powell dianugerahkan dengan biasiswa bagi sekolah awam Charterhouse. Pengenalannya kepada kemahiran pengakap adalah menjejak dan memasak haiwan serta mengelak guru dalam belukar yang berhampiran, yang juga merupakan kawasan larangan.
Beliau juga bermain piano dan violin, mampu melukis dengan baik dengan menggunakan kedua belah tangan (”ambidextrous”_), dan gemar berlakon. Percutian dihabiskan dengan ekspedisi belayar atau [Read more →]
Tags: No Comments.